CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, June 28, 2011

Perjuangan Yang Belum Selesai

Saya bukanlah nak menulis tenatang politik atau segala bagai yang berkaitan dengan politik. Saya bukan penyokong kerajaan mahupun pembangkang, cuma sy terpanggil untuk menulis memandangkan keadaan skrg semakin serius. Perhimpunan mahu dibuat dan kebanyakannya terdiri dari golongan sebaya saya yg menyokong. Apakah kita mahu menjadi seperti negara-negara luar yg berpecah antara satu sama lain hanya kerana kita diserang dari segi "war of perception"? Kita mula curiga kepada org2 sebangsa kita. Kenapa kita perlu berpecah sesama kita. Kenapa kita perlu menyokong individu tertentu hanya semata2 utk digunakan utk kepentingan individu tertentu? Kita cetek ilmu, membaca malas apatah lagi mahu memahami Perlembagaan negara. Kita hanya belajar Sejarah, semata2 mahu pass exam, isi, dan pengajaran langsung kita x ambil pusing. Tetapi kalut dan kecoh mahu bersorak ke sana sini. Untuk apa? apa yg kita dpt? membaling anggota keselamatan dgn batu? mencederakan mereka? kita pula dpt semburan air dan gas pemedih mata? SAMA-SAMA MELAYU? yang sama2 punya anak bini di rumah utk diberi makan?

Saya sayangkan negara dan bangsa saya. Saya kongsikan video di bawah ini untuk dikongsi bersama, fikirkanlah terutama generasi muda. Fikir secara rasional bukan emosi. Jangan kita jadi juara kampung, menang sorak kampung tergadai. Gadai maruah bangsa dan negara kita? Fikir-fikirkanlah...Sesunguhnya perjuangan kita belum selesai...Jika benar kita mahukan Negara Islam, berarak dan bergaduh sesama sendiri bukanlah caranya. Saya sedih. Wahai golongan muda, janganlah kamu abaikan hak mengundi kamu, jangan kita kata "argh...saya xsuka politik, sumer kotor, sbb tu sy xmengundi". Persepsi itu salah...Saya pernah berkata begitu juga pd diri sy. Tapi skrg sy sedar, sy perlu menggunakannya demi anak2 saya di masa depan. Kamu juga.


0 comments: