CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, January 12, 2012

Warkah buat sahabat




Sahabat
Di saat aku jauh, kau pergi jua meninggalkanku
Mungkin masaku akan tiba jua
Entah bila
Mungkin esok, lusa, atau mungkin hari ini

Aku memohon kemaafan darimu sahabat
Tiada lagi ungkapan 'Da 6ers' kita dulu
Kita berenam sahabat baik
Namun demi impian dan cita-cita masing2
Aku & posh ke MRSM, kau dan sahabat yg lain setia di MMP
namun persahabatan kita tetap utuh
Kita sama2 menjejakkan kaki ke asasi IIUM Seksyen 14, PJ
Kemudian sama-sama ke UIA Kuantan
Sesungguhnya aku mengagumi mu
Kau berjaya juga menjadi doktor

Masa terus berlalu
Masing2 sudah berkeluarga
Kita hanya dpt berjumpa jarang2 sekali
Masa Sarah lahir, kau dtg jenguk begitu juga semasa ayahandaku
dimasukkan ke wad...Oh sahabat, aku amat merinduimu...

Setelah 2 minggu kau berjuang
Hari 12.01.2012, ventilator akan dimatikan
Kau pergi di malam Jumaat yg mulia
Semoga kau tenang di sana, bersama org2 beriman
I'm gonna miss you love...
Kita bersahabat lillahi Taala, manisnya sebuah persahabatan itu.




2 comments:

Arm_mj

innalillah.smoga kwn mdm ditmpatkn bersama org2 beriman

mimiey_omar

I miss her already, we'd been friend for years, still couldn't believe that she's gone, hope that I can meet her in the other world...